Jumaat, 9 Mac 2018

Pakatan Harapan 10 Janji 100 Hari

Manifesto PRU14 Pakatan Harapan (PH) yang dilancarkan di Pusat Konvesyen Ideal, Shah Alam pada 8 Mac 2018 menjanjikan 10 perkara terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH.

10 Janji 100 Hari

5 TERAS UTAMA PAKATAN HARAPAN
  • Meringankan bebanan kehidupan rakyat.
  • Mereformasi institusi pentadbiran dan politik.
  • Merancak pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama.
  • Mengembalikan status Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.
  • Membina Malaysia yang inklusif, moderat dan gemilang di persada dunia.

5 ILTIZAM KHUSUS

FELDA
Menghentikan penyelewengan, mengembalikan kegemilangan, dan memodenkan FELDA.

MASYARAKAT INDIA
Memastikan hak saksama, keadilan dan keharmonian untuk kaum India.

WANITA
Menjaga kebajikan, kesihatan, dan hak wanita.

ANAK MUDA
Mengasah bakat dan mencipta peluang untuk anak muda.

WARGA EMAS
Mengiktiraf jasa, budi dan pengorbanan warga emas.





Pakatan Harapan 10 Janji 100 Hari
  1. HAPUSKAN GST - Menghapuskan GST dan mengurangkan kos sara hidup dengan pelbagai inisiatif peduli rakyat.
  2. SUBSIDI PETROL BERSASAR - Menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.
  3. HAPUSKAN HUTANG PENEROKA FELDA - Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.
  4. KWSP UNTUK SURIRUMAH - Memperkenalkan skim caruman KWSP untuk surirumah.
  5. MENYAMARATAKAN GAJI MINIMUM -Menyamaratakan gaji minimum seluruh negara dan seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum.
  6. MENANGGUHKAN BAYARAN PTPN GAJI < RM4000 - Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam. 
  7. MENYIASAT SKANDAL - Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 1MDB, FELDA, MARA, dan Tabung Haji dan merombak semula struktur kepimpinan mereka. 
  8. MENGEMBALIKAN STATUS SABAH DAN SARAWAK - Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963. 
  9. SKIM PEDULI SIHAT - Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500 pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40. 
  10. KAJI SEMULA PROJEK MEGA - Melancarkan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

JANJI-JANJI UTAMA DALAM 5 TAHUN
  • Memacukan ekonomi dan daya saing negara
  • 1 juta pekerjaan baru berkualiti
  • 1 juta perumahan mampu milik dan mampu sewa (2 penggal)
  • Hapuskan tol secara berperingkat
  • Pendidikan percuma untuk IPTA
  • Gaji minima RM1,500 secara berperingkat
  • Reformasi institusi-institusi negara
  • Bersihkan Najis Rasuah
  • Had 2 penggal jawatan
  • Perdana Menteri dan Menteri Besar
  • Memperkasakan perkhidmatan awam
  • Desentralisasi kuasa kepada
  • Sabah dan Sarawak
  • Membina Malaysia inklusif, moderat, gemilang
  • Utamakan pekerja tempatan, mengurangkan 2 juta pekerja asing secara berperingkat
  • Mengekalkan BRIM kepada golongan B40

Load disqus comments

0 ulasan